Thursday, April 14, 2016

" PERPISAHAN "


As salam dunia.

Kalau memang terlihat rumit lupakanlah. Itu jelas bukan cinta sejati kita. Cinta sejati selalu sederhana. Pengorbanan yang sederhana kesetiaan yang tak menuntut apapun keindahan yang apa adanya.

Kita hidup didunia yang penuh tanda tanya yang tak mungkin aku ubah dan terpaksa mengikutinya. Kita berada diantara benar atau salah yang tak mungkin dapat kau ukur dengan rasa.

Hati yang sakit dan tidak redha tidak akan mudah dan tidak akan berlapang dada dalam menerima dugaan dan ujianNya. Kerana apa? Kerana hatinya telah jauh dari AsmaNya. Ubati lah hati itu agar kita tidak semakin jauh dan menjauh, terimalah ujianNya agar kita tidak mengikuti jalan yang salah. 

"Allah tidak membebani seseoorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)

Orang yang hebat sentiasa ceria walau hatinya terluka. Orang yang hebat sentiasa menyapu airmatanya dengan senyum ketawa. dan orang yang hebat selalu redha yang dugaan itu adalah tanda kasih sayang Allah. and she is Nurhidayah Mat Adini !

Luka akan sembuh namun parutnya akan kekal. Redha dengan takdir bukan beerti mengalah dengan kehidupan. Berusaha, perbaiki diri, pasti kejayaan milik kita. Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan mengantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.

Maaf atas segala-galanya. Maafkan aku atas salah silap samada yang aku sedar mahupon tidak. Sengaja atau pon tidak. Ini mungkin yang terbaik buat kau dan aku. Aku mohon maaf dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki atas segala kekurangan, kelemahan dan ketidaksempurnaan aku sepanjang berada disisi kau. Terasa diri ini kerdil sehingga terasa tidak layak untuk terus berada disisi kau syg. 

Dalam detak nadiku, kan selalu ada kamu. Dalam jantungku ini hanya ada rindumu. Sungguh rasa ini. Dirimulah sejati. Dirimu lah yang abadi. Selalu dalam mimpiku, setia dihatiku. Percayalah sayang. Ku akui engkau adalah yang sejati yang takkan pernah meninggalkan aku. yang akan selalu menjaga disetiap hela nafasku. Kasihmu tak pernah akan habis, kau selalu ada untukku. Terima kasih sayang. terima kasih. Aku harap kebahagian akan selalu ada untuk kau walau ianya tak dapat dimiliki ketika bersama aku. Jutaan terima kasih buat segala rasa yang kau dah wujudkan. Segala belai manja dan perhatian kau pada aku selama ini. Maafkan aku terpaksa melepaskan kau. Mungkin bukan aku.

Terima kasih sebab menjadi yang terbaik buat aku. Aku hargai dan akan aku kenang sampai bila-bila. InsyAllah. Semoga kita akan terus jadi kawan dan bukan lawan yee syg. Terima kasih sgt!

Aku dengar lagu yang kau beri pada aku. Ya Tuhan. Tersentuhnya hati ini. Menitis airmata ini. Maafkan aku. Ini mungkin yang terbaik untuk  kau. Sebab aku taknak kau terus sakit dan bertahan untuk org macam aku. Bukan niat aku nak melukai dan pergi meninggalkan kau dengan sengaja. Tapi adalah untuk kebaikan kau yang pastinya. Aku cuma nak kau bahagia dan tak perlu menangis lagi kerana aku yang tak pernah fikirkan hati  dan perasaan kau. Terima kasih ats lagu itu. Maafkan aku.

Tiada apa dah aku nak cakap. Aku pasti merindui diri kau sayang. Jaga diri. Ingatlah Allah, ingat keluarga dan aku tahu kau ada semangat dari kawan-kawan kau. Be strong syg ! Last from me, aku tetap sayang kau sampai bila-bila ! Wassalam.
Read more ...
nlad
A women with a different kinds of addiction