Monday, July 4, 2016

Tentang Kidupan


.اسلام  

Tentang kehidupan. Hari ini aku bercakap soal hidup. Hidup seorang gadis perempuan anak kepada seorang pemandu teksi. Yang tidaklah secantik Erra Fazira, seputih gebu Adira tetapi cumalah wanita biasa yang lalui kehidupannya dengan masih berdiri diatas tapak kaki sendiri atas doa dan sokongan kedua ibubapa dan keluarga tercinta.

Bercakap tentang perkataan keluarga, keluarga adalah segalanya. Keluargalah yang sentiasa menjadi keutamaan selain teman dan sahabat. Apa-apa hal mesti keluarga yang teratas. Bukan Cuma aku, yang lain juga begitu. Punya rasa yang sama. Tanpa keluarga, aku benar-benar tak bermakna. Tuhan sahaja yang mungkin mengerti dan memahami betapa Ikhlas dan tulusnya aku mencintai keluarga aku. Betapa sesungguhnya aku untuk keluarga. Betapa aku sentiasa menitikberatkan perasaan keluarga sampai kadang aku lupa tentang kehendak dan keperluan diri hanya kerana terlalu inginkan yang terbaik untuk keluarga tercinta.

Sampai satu tahap kini, airmata mula mengalir. Mengalir dipipi. Mengalir entah kenapa rasa yang cukup terluka. Terluka dengan rasa hati yang bernanah didada. Mengenangkan segalanya yang berlaku dalam hidup aku. Tuhan menguji aku bertubi-tubi. Kadang aku mohon dan meminta hentikan Ujian demi ujianmu. Tapi Tuhan mungkin tak dengar. Dia nak aku terus kuat dan bertambah kuat sedangkan aku sampai aku rasa aku dah tak mampu bertahan. Kuatnya dugaanmu Ya Tuhan. Aku tak mampu untuk hadapinya sendiri. Berilah sedikit aku ruang untuk aku berkongsi suka duka ini. Berkongsi bersama insan yang mampu untuk rasa segala yang aku cuba nak hilangkan. Segala yang aku cuba untuk padamkan. Ya Tuhan, dugaan Apakah ini lagi? Aku mula hampir jatuh tersungkur kembali.

Berikan aku kekuatan. Kekuatan untuk aku terus bertahan. Zahirnya aku kuat, tubuh badanya aku cukup kuat, kata-kata yang begitu semangat sedangkan didalamnya cukup lemah-selemahnya. Tak mampu nak ungkap segala rasa. Cuma mampu berdiam dan airmata kini mengalir lagi. Lapkan airmata ini, agar aku rasa terubat. Peluklah diri ini agar aku rasa sedikit tenang dan peduliklah tentang diri ini agar aku rasa cukup dihargai. Ukirkan senyuman dibibir ini agar aku tersenyum tidak rasa keseorangan.

Ya Tuhan, jika perubahan hidupku yang kau inginkan. InsyAllah aku kejalanmu ya Allah. Perlahan aku menuju ke jalan yang diredhai, ke jalan yang benar dan kejalan yang direstui oleh mu Tuhan. Izikan aku untuk terus kuat dan bertahan. Orang kata, kadang-kadang usaha lebih itu akan dibalas setimpal dan terkadang lebih juga daripada itu yang kau berikan. Alhamdulillah, aku dengan penuh sabar menanti dan aku berharap ianya membuahkan hasil. Tak banyak tapi cukuplah sekadar aku menjadi hambamu yang sentiasa diredhai oleh mu Ya Tuhan. Aku mohon.

Kuatkan lahh diri Nurul Lizainy. Kuatkan cara pemikiran kau, semangat dengan perbuatan seharian kau seperti biasa dan teruslah maju kehadapan.  Maju dan terus maju Lizainy! Kau boleh. Sedangkan org lain yang jatuh tersungkur bangun dan kembali kuat lebih dari itu. Dan kenapa tidak kau? Beranilah untuk menghadapi Ujian demi Ujian dari Tuhanmu. Mungkin dengan dugaan semua ini, kau akan jadi lebih kuat! Bakar semangat untuk diri sendiri mungkin lebih meyakinkan Selain mengharap orrang lain yang memberi sokongan. Come on Lizainy!

Teruslah kuat wahai hati dan diri ini ¡

Selamat Berbuka Puasa sebentar lagi kepada muslimin dan muslimat. Ingatlah, Jangan meengungkit apa yang kita dah korbankan untuk hidup tetapi teruslah bersemangat untuk jadi jauh yang lebih baik dari itu untuk memuaskan hati semua orang disekelilingmu ¡
Read more ...

Monday, June 6, 2016

HAPPY BIRTHDAY TO ME !

 to NURUL LIZAINY AHMAD DAUD !

Hai semua! Salam Ramadhan dan selamat berpuasa hari ini yee. Amacam hari ini first day puasa? Mesti hari ini semua prepare makanan yang enak-enak kan? Tak apalah. Dah sehari suntuk menahan lapar dan dahaga kan semua. Selamat menjalani ibadah puasa yee !

Sing a song 'Happy Birthday' to me please. But lepas dah tarikh tuhh. On my special day 3 June 2016 yang lepas, bermacam small celebration yang aku dapat. Dari si dia dan keluarga tercinta. I was so surprised and im happy much tahu nggak!

Aku semakin meningkat usianya tapi masih nampak muda. Hihihi. Perasaan sendiri. Pelbagai dah rintangan dan dugaan sepanjang hidup berusia genap 26 tahun ini umurnya. Alhamdulillah aku masih bernyawa dan dipanjangkan umurnya, diberikan kesihatan dan perjalanan hidup yang cukup hebat.

After penat lelah dengan sambutan HSE Day di kilang half day pada 3 Jun tuhh, aku dikejutkan dengan surprise dari si pencuri hati Akmal Rahim. Lihhat lahh...

Dua belon comel, sejambak bunga rose merah hidup dan chocolate kegemaran !

Happy nya rasa time nehh. Ada lagi yang sudi nak buat surprise utk aku lagi. Thank you very much si pencuri hati Akmal Rahim dengan surprise ini. Aku suka sangat! and we having a  dinner yang kononnya nak pau dia makan lobster. Tapi tak kesampaian. Lobster dah habes. Tak apalah tak dapat makan pon, dia dah ada utk aku pon dah cukup baik dan terasa cukup beerti dan bermakna dalam hidup ini selepas family. Thank you very much dear future husband!

A small cellebration dengan family di rumah kakak di Ulu Tiram selepas majlis kenduri dan bacaan tahlil dirumah barunya itu. Sekali jalan sambut yang lahir pada bulan 6 nehh. Birthday on June, adik aku Nurulizudin dan ank buah kesayangan Nur Ayra Aqilah. Happy Birthday too kesayangan ! May God blessed us yeah! Semoga dipanjangkan umurnya, murah rezeki, diberi kesihatan dan kejayaan dalam hidup. I love them much!

Aku llebih bahagia dengan kehidupan aku sekarang dan aku bahagia punyai dia dalam hidup ini selain family. Welcome to my life dear future husband! I miss you so badly!

Selama Berbuka puasa yee awk semua !
Read more ...

Friday, June 3, 2016

He Can't Be Named


Assalamualaikum dunia dan salam sejahtera Malaysia !
Hamboi senang hati sangat aku rasa sekarang. Agak tenang aku sekarang. Aku agak selesa dengan kehidupan baru ini. Senyuman terukir dibibir atau aku memang mudah nak senyum lebar kan bila rasa bahagia. Alhamdulillah. May Allah ease everything. InsyAllah. Aminn.

Bercakap tentang seseorang ke ? Yes ! Im talking about someone yang datang tanpa diduga. Cuma kawan diawalnya, perkenalan yang singkat dan keakraban yang buat kami sama-sama suka sesama sendiri. Sebab? Sebab jiwa dia dan aku sangat serasi dan keakraban ini buat kami selesa untuk ke langkah yang lebih diredhai dan yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama dia menyendiri dan aku mula kembali ke pangkal jalanmu Ya Tuhan. Alhamdulillah.

Aku jatuh tunduk ke arah itu. Ke jalan yang baik dan jalan yang diredhai Tuhan. Ya Tuhan, kau buat aku kuat jatuh dan kembali ke jalanmu. Kau buat aku insaf dan pimpin aku ke arahmu. Kau buat aku menitiskan airmata kerana kau pandu aku ke Jalan yang kau redhai. Ya Tuhan. Besarnya kuasamu terhadap insan lemah ini dan kekuatan aku disambut dan didorong oleh semangat dia yang tiada hentinya dan keyakinan yang kau letakkan dalam diri aku buat aku sempurna dimata kau. Tulang belakang aku yang tak pernah jemu didik, bimbing aku dalam hidup, keluarga tercinta. Tak pernah larang aku untuk aku pilih kehidupan dan akhirnya membuahkan hasil. Aku sedar sendiri dengan hati terbuka dan aku redha Terima segala ketentuannya. Mungkin inilah masanya. Saat-saat yang aku nanti-nantikan selama dan sepanjang hidup ini. Alhamdulillah, Tuhan dengar dan tunaikan doa aku !

Aku entah berapa kali mengucap syukur. Syukur ke hadratnya atas pemberian hidup semula ini selepas aku tekad buat keputusan untuk jauh dari kehidupan lama aku. Siapa poon aku selepas ini, aku harap orang Sekeliling dapat Terima aku dengan hati yang terbuka. Mendoakan aku yang terbaik dan sentiasa beri kata-kata semangat untuk aku terus maju dan tidak menoleh ke belakang lagi.

Maafkan aku Dieya Adini. Sejujurnya, aku bukan partner yang baik buat kau. Segalanya terhenti disitu. Itu hari setelah aku buat keputusan untuk tidak meneruskannya lagi. Mungkin telah ditakdirkan untuk ada yang lebih baik mendampingi diri kau disana. Aku ke jalan ku, dan kau menuju ke arah pilihan kau. Terima kasih atas segala-galanya yang telah engkau berikan, curahkan dan luangkan masa untuk aku walau sesingkat perkenalan itu. Alhamdullillah aku happy walau seketika.

Wassalam.
Read more ...

Thursday, April 14, 2016

" PERPISAHAN "


As salam dunia.

Kalau memang terlihat rumit lupakanlah. Itu jelas bukan cinta sejati kita. Cinta sejati selalu sederhana. Pengorbanan yang sederhana kesetiaan yang tak menuntut apapun keindahan yang apa adanya.

Kita hidup didunia yang penuh tanda tanya yang tak mungkin aku ubah dan terpaksa mengikutinya. Kita berada diantara benar atau salah yang tak mungkin dapat kau ukur dengan rasa.

Hati yang sakit dan tidak redha tidak akan mudah dan tidak akan berlapang dada dalam menerima dugaan dan ujianNya. Kerana apa? Kerana hatinya telah jauh dari AsmaNya. Ubati lah hati itu agar kita tidak semakin jauh dan menjauh, terimalah ujianNya agar kita tidak mengikuti jalan yang salah. 

"Allah tidak membebani seseoorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)

Orang yang hebat sentiasa ceria walau hatinya terluka. Orang yang hebat sentiasa menyapu airmatanya dengan senyum ketawa. dan orang yang hebat selalu redha yang dugaan itu adalah tanda kasih sayang Allah. and she is Nurhidayah Mat Adini !

Luka akan sembuh namun parutnya akan kekal. Redha dengan takdir bukan beerti mengalah dengan kehidupan. Berusaha, perbaiki diri, pasti kejayaan milik kita. Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan mengantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.

Maaf atas segala-galanya. Maafkan aku atas salah silap samada yang aku sedar mahupon tidak. Sengaja atau pon tidak. Ini mungkin yang terbaik buat kau dan aku. Aku mohon maaf dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki atas segala kekurangan, kelemahan dan ketidaksempurnaan aku sepanjang berada disisi kau. Terasa diri ini kerdil sehingga terasa tidak layak untuk terus berada disisi kau syg. 

Dalam detak nadiku, kan selalu ada kamu. Dalam jantungku ini hanya ada rindumu. Sungguh rasa ini. Dirimulah sejati. Dirimu lah yang abadi. Selalu dalam mimpiku, setia dihatiku. Percayalah sayang. Ku akui engkau adalah yang sejati yang takkan pernah meninggalkan aku. yang akan selalu menjaga disetiap hela nafasku. Kasihmu tak pernah akan habis, kau selalu ada untukku. Terima kasih sayang. terima kasih. Aku harap kebahagian akan selalu ada untuk kau walau ianya tak dapat dimiliki ketika bersama aku. Jutaan terima kasih buat segala rasa yang kau dah wujudkan. Segala belai manja dan perhatian kau pada aku selama ini. Maafkan aku terpaksa melepaskan kau. Mungkin bukan aku.

Terima kasih sebab menjadi yang terbaik buat aku. Aku hargai dan akan aku kenang sampai bila-bila. InsyAllah. Semoga kita akan terus jadi kawan dan bukan lawan yee syg. Terima kasih sgt!

Aku dengar lagu yang kau beri pada aku. Ya Tuhan. Tersentuhnya hati ini. Menitis airmata ini. Maafkan aku. Ini mungkin yang terbaik untuk  kau. Sebab aku taknak kau terus sakit dan bertahan untuk org macam aku. Bukan niat aku nak melukai dan pergi meninggalkan kau dengan sengaja. Tapi adalah untuk kebaikan kau yang pastinya. Aku cuma nak kau bahagia dan tak perlu menangis lagi kerana aku yang tak pernah fikirkan hati  dan perasaan kau. Terima kasih ats lagu itu. Maafkan aku.

Tiada apa dah aku nak cakap. Aku pasti merindui diri kau sayang. Jaga diri. Ingatlah Allah, ingat keluarga dan aku tahu kau ada semangat dari kawan-kawan kau. Be strong syg ! Last from me, aku tetap sayang kau sampai bila-bila ! Wassalam.
Read more ...

Tuesday, March 29, 2016

INSANE


Hari ini Cik Liz rasa terluang nak update entry. Takda lahh terluang sangat. Tapi ambil masa nak update sebab rasa nak bercerita dengan blog kesayangan ini. Jangan pernah bosan, jemu yee baca coretan Cik Liz yang mungkin tiada apa yang istimewa. Luahan semata-mata sebab tidak semestinya luahan itu perlu seseorang untuk menemani kita kan? Maksud Cik Liz tidak semestinya orang. Blog pon boleh. Walau ia tidak boleh berkata-kata.

Lately Cik Liz busy dengan game. Netball match. Every week ada sahaja game. Sampai naik hangus dah muka ini. Sebab sume game outdoor. Huhh. Hitam dahh kulit nehh. Nak jaga punya lahh susah. Bukan senang nak cerah balik tapi kalau nak hitam, senangnya lahaii. Maaf jika ada yang terasa Cik Liz ckp hitam. Hitam itu kelihatan manis taw. 

Hah! Siapakah dia?

Takyah lahh teka sebab Cik Liz akan beritahu nehh siapakah dia. Makcik diatas adalah partner in crime Cik Liz. Teman, sahabat, musuh, kawan dan dia someone yang special dalam hidup Cik Liz. Selalu cuba untuk ada dengan Cik Liz sebab dia notice Cik Liz memang nak sentiasa buat everything bersama. Duduk KL makcik nehh, tapi ulang-alik Jb macam Jb nehh sekangkang kera okay. Gamble habes drive sorang-sorang dengan kereta comel dia tuhh. Tahu-tahu jaa muncul depan rumah. Tahu-tahu jaa muncul ditempat aku ada game. Setan kau sayang! Memang aku pecinta wanita! Tapi aku bukanlah pecinta yang tak tahu hukum hakam islam yee. Bagi aku tiada masalah untuk aku berkawan spesis lasak, kasar dan sedikit perwatakan lelaki mcm dia nehh. Personaliti dia memang begitu dan aku terima dia sebagai teman seperti mana first time aku komen gambar dia dekat Instagram.

Semua orang nak ada kehidupan rumah tangga yang diidam-idamkan. Aku tak nafikan. Kami tanam hasrat yang sama jika masing-masing dah bertemu jodoh nanti. InsyAllah. Cuma cepat atau lambat sahaja. Doa-doakanlah yee. Aminnn.

Aku takkan mungkin lupakan dia yang pernah buat aku tersenyum. Ada saat aku sedih rasa sakit dengan hidup. Walau seketika, walau aku tak tunjuk aku hargai dia, in fact, aku cukup rasa bertuah sebab ada insan yang sudi nak aku berkongsi susah-senang bersama. Hah ! Cik Liz dahh bertukar aku pulak. Haihh otak biol.

Apa yang best tentang dia, dia alert yang aku suka makan ice cream. Balik kerja fetch aku, dia belikan aku ice cream burger king. Taktahu lahh ice cream ke tidak. Tapi bagi aku itu eskim. Sedap! Senyum lebar haihh aku dapat eskim. Tak pernah mengeluh untuk hantar aku pergi kerja, ambil aku pulang kerja. Tunggu aku kekadang balik lewat. Teman yang cukup baik dah buat aku. Teman dan support aku pergi game. Layan karenah aku dan family. Tahan dengan sikap angin aku yang tak tentu masa. Haihh. Banyak lahh yang buat aku rasa, kau cukup baik dan cukup sempurna utk terus kekal dlm hidup aku sehinggalah antara aku dan dia yang berkahwin dulu nty. Dah kaawen pon apa salahnya kan. Tetap boleh jadi kawan kan.

Dieya Adini diberi nama. Orangnya comel, kurus tinggi macam papan. Makan banyak dah. Tapi tak gumok-gumok. Mehh amek sikit lemak drumstick aku nehh nak tak? Seorang pemandu kereta yang gila babi. Tak banyak bercerita tentang diri. Suka melepak sana-sini lagi bila jumpa kengkawan. Friendly orangnya dan sangat penyayang. Aku sayang kau monyet, labu, kokang, babun ! Jadi teman aku semampu yang boleh, mahu nggak gila?? Tolong jawap! Jawaplahh. Im waiting jika amsih sudi.

Swear aku rindu kau setan! Jaga diri, jaga makan, pandu cermat, jaga kulit, jangan asek nak melepak, jangan bangon lambat pergi kerja, bangon awal pagi, jangan lupa bwk handkchief kemana sahaja dituju, jgn lupa eskim utk aku, jangan nanges dgn apa yang berlaku, terus kuat, terus tabah, mesti happy, ingat Tuhan, istigfar banyak-banyak, aku masih ada, tak hilang lagi. Ada jaa dalam dunia ini lagi. Pleaseee !

Salam sayang beserta rindu dari insane hina, NLAD buat kau si gonjeng tunjang Norhidayah Mat Adini yang dahh hampir tua kerepot!
Read more ...

Thursday, March 10, 2016

HOLIDAY !

Hi everyone, seems like lama sangat aku tinggal untuk update. So this entry aku nak cerita tentang percutian indah aku bersama yang tercinta di Langkawi, Kedah dan masih didalam Malaysia lagi yee kengkawan. Plan kami nak habis pusing satu Malaysia dulu dan barulah menjejakkan kaki ke luar pulak. InsyAllahh jika ada rejeki dan diberi peluang. Hehehe. Suatu hari nanti, itu PASTI !

Senai > KLIA2 > Langkawi & Langkawi > KLIA2 > Senai > Sweet home

So Cik Liz taknak cita banyak naa. All aktiviti disana plan by my lovely sister, Kakak. Dan kami follow sahaja. Cik Liz dan keluarga stay di 'Paksu Homestay'. Service dan rumah memang memuaskan dan tidak mengecewakan. Total utk 4m 5h + transport memang berpatutan lahh. Boleh nego lagi.

Gambar adalah diantara aktiviti kami disana. Ianya sangat menyeronokkan. Best gila ! Maaflah kalau jakun sebab first time pergi. Tak apa lahh nak jakun banyak yee.

Highland Hopping

Helanng makan time & Rendam kaki dalam air ikan

Snorkelling

6D Movie Watching

Cable Car

3D Movie & From Cable Car view

Station II Cable Car

Langkawi Dataran Helang

ATV Time !
Beras Bakar History
 
Top of Cable Car Station View

ENJOY sangat dan kami nak lagi !!!


Read more ...

Friday, March 4, 2016

STOP LISTENING !


Yes ! True ! I need to STOP listening to the negative thoughts. Mengarut Cik Liz pada entry kali ini. Hati tak tenteram. Sayu hati mengenangkan segala yang berlaku dalam hidup. Cik Liz suka berfikir panjang sangat sampai kekadang memakan diri sendiri. Sebab terlalu fikirkan, badan dan hati binasa. Cik Liz kusut dengan semua yang ada sekarang. Cik Liz need shoulder. Ada tak sesiapa sudi bagi Cik Liz tumpang nak sandarkan kepala ini dekat bahu itu dan nak tumpang nangis dekat bahu itu? Ada tak yang sudi? I'm weak to facing up all this things. Satu demi satu. and why me?

Its easier to fake a smile than to explain why youre sad. Setuju sangat! Cik Liz senang nak senyum dan Cik Liz susah nak explain disebalik senyuman ini. Cik Liz tahan dan pendam. Pendam sampai bernanah rasanya didada ini. Cik Liz tak nak cakap lagi. Leave me alone.


Hati Cik Liz benar-benar keras. Benar-benar mati untuk segala rasa lagi dalam hidup. Buat pertama kali dalam seumur hidup Cik Liz terima cacian yang cukup hina dari seseorang yang bergelar sahabat kepada org baru dalam hidup Cik Liz. Tak sangka dan Cik Liz benar-benar terkaku, terdiam dan hanya mampu mengalirkan airmata dengan caci-maki itu semalam.

Kau tak kenal aku. Tak pernah tahu pon aku siapa dan bagaimanakah aku dalam hidup. Dengan pantas kau lemparkan cacian seolah-olah aku binatang. Bukan seolah-oolah tapi kau cakap aku binatang. Tak punya perasaan. Tak fikir tentang hidup orang lain. Siapa kau nak judge aku tanpa kau kenal hati budi dan diri sebenar aku?

Ini ayat-ayat thru conversation dalam call. 
"Kau nehh apa masalah hah. Kau nehh binatang tau bukan manusia. Tada hati dan perasaan. Sial lahh perempuan mcm nehh. Baik kau pergi mampos cepat lahh. Mati sekarang aku nak tengok keluar Tv sekarang. Mati cepat perempuan. Tada binatang mcm kau dalam dunia nehh lagi bagus kau tahu tak. Hah ! Aku marah , aku marah sebab dia buat apa sahaja untuk kau! Kau nak mainkan dia jaa kan! Dalam pale otak kau tuhh nak apa hah pompuan ! Sebab kau dia tak fikir pon family. Dia tinggalkan family berapa lama sebab kau." 

Lebih kurang mcmnehh caci-maki yang aku dapat. Aku hanya mampu terdiam. Dan aku tersentak. Hati aku mati dengan kata-kata ini. Terima kasih dan akan aku ingat sampai bila-bila. Sumpah ini buat aku menangis. I need shoulder to crying on! AKU BENCI !
Read more ...

Thursday, February 18, 2016

Hati sayu ...

Assalamualaikum dunia …

Entah kenapa hari ini Cik Liz berasa sangat sedih dan sungguh sayu hati ini. Sayu akan tentang seseorang. Cik Liz explain dan beritahu. Tapi dianggap Cik Liz hanya untuk permainkan perasaan dia. Dianggap Cik Liz tiada hati dan perasaan fikir tentang apa yang dia rasa tanpa text panjang dari Cik Liz untuk wish morning pagi tadi. Adakah itu menjadi kesalahan yang perlu untuk diperbesarkan? Cik Liz busy. Tapi Cik Liz ada masa untuk upload video dalam Instagram, ulas dia thru Whatsapp dengan Cik Liz tadi. Sayu sungguh Cik Liz rasa.


Maafkanlah Cik Liz. Cik Liz bukan sengaja. Bukan sesuka. Tak semua waktu atau kedaan yang  kita boleh nak taep text panjang-panjang kan? Harap memahami keadaan itu yee. Tidak semestinya tanpa text, tanpa call org itu tak penting bagi kita. As long, bila kita ingat dia, dalam hati kita ada dia, Cik Liz rasa dah cukup memadai sebab Cik Liz tak suka menunjuk tentang perihal Cik Liz. Bersederhana adalah yang sebaiknya kan?

Hari ini Cik Liz dah siapkan beberapa kerja yang sepatutnya Cik Liz buat. Alhamdulillah. Cik Liz lega kerja dah settle sikit tadi. Cuma Cik Liz penat dengan HSE Committee kilang nehh. Susahnya nak bagi komitmen dengan monthly task yang dah diberi pada mereka. Elaun dah bagi setip bulan, RM100.00 taw kita peruntukkan untuk committee members. Tapi tak semua buat kerja dengan ganjaran yang diberikan. Cik Liz nak kena monitor soorang-sorang. Penatlah Cik Liz macam ini kan. Dengan documentation yang tak pernah nak selesai. Merungut jaa Cik Liz sekarang. Huhhh.

Tadi attend briefing untuk PDP. Apa itu PDP? PDP itu stand for Performance and Development Process. Lebih Kurang untuk menilai Kualiti dan performance Kerja kita untuk this coming bonus payment lahh. First time Cik Liz kena buat ini. So Cik Liz masih malas nak buat lagi. Nanti-nantilah. Ini juga melibatkan tentang KPI Cik Liz sepanjang Bekerja di Kerry Ingredients nehh. InsyAllah, Penilaian baik dari boss awal tahun hari tuhh pasti membuahkan hasil yang lumayan. Hihihihi. Tinggi harapan Cik Liz yee.

Baiklah, jam menunjukkan tepat pukul 5. Otak dah fikir nak balik jaa. Cik Liz nak kemas-kemas barang dan apa jua yang seangkatan dengannya. Lepas tuhh, Cik Liz terus nak standby kat bawah. Hari ini Kakak Cik Liz amek Cik Liz balik kerja. Syukur, keluarga tersayang banyak membantu Cik Liz pergi dan balik kerja. Almaklumlahh, belum punya kereta sendiri lagi. InsyAllah. Akan ada tapi ta pasti bila. Harap dapat keluar kete Sebelum raya tahun ini. InsyAllah. Doakn Cik Liz yee.
Jumpa lagi. Selamat petang dan salam dari Cik Liz untuk hari ini J


I miss you , NHMA L
Read more ...

Wednesday, February 17, 2016

Aku atau Cik Liz ?

Assalamulaikum dunia …

Hari ini Cik Liz kurang sihat yee. Dari semalam lagi dah rasa tak sedap badan. Entah kenapa pon Cik Liz tak tahu. Batuk-batuk, selesema, hidung meleleh, head ache sikit, badan lesu yang tidak bermaya. Cik Liz susah nak sakit. Tapi bila dah mula nak jatuh sakit. Hah ! Padah jawapnya. Tapi ini sakit sikit jaa lahh. Small matter sebab Cik Liz kuat kan. Hehehehe. Sakit itu kan penghapus dosa kecil.

“Tiada seorang mukmin yang ditimpa oleh kepenatan atau penyakit atau risau fikiran atau sedih hati, walaupun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh Allah” (HR Bukhari-Muslim).

“Jika sakit seorang hamba hingga tiga hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya,” (HR Ath-Thabarani). Ya Tuhan, indahnya duniamu !

Cik Liz bekerja seperti hari-hari biasa yang berlalu. Hari ini rajin Cik Liz nak update entry. Bukan sebab ada kelapangan waktu, akan tetapi Cik Liz malas nak buat kerja hari ini. Disamping Cik Liz ambil kesempatan ini nak luahkan sikit perasaan dalam hati yang bergelora ini. Hehehe.

Nak berkarang ni bukannya mudah. Kena ambil mood. Masa pon diambil kira. Moood tak ada, macam mana nak express out kita punya feeling dan apa yang kita alami yang kita nak cuba luah serta taep dalam entry nehh. So bila dah rasa ada masa, ada idea, Cik Liz terus log in gmail/blogger then post lahh entry untuk hari ini.

Ada balance lebih kurang 7 hari untuk mood aku turn ON to Holiday mood! Pergi mana? Dekat jaa. Dalam Malaysia lagi. Nak pergi luar belum mampu lagi sebab dalam Malaysia pon tak habis pusing. Apatah lagi nak pergi luar Malaysia pulak. Kan?

Im waiting someone. Dia balik Malaysia dalam a few days ini. Esok balik dah. Mak nenek kesayangan Cik Liz sorang tuhh. Dok pergi kerja jauh-jauh. Hari-hari dok bergaduh dengan dia macam orang sakit mental. Tak Nampak depan mata, inilah akibatnya. Cuma mampu contact thru phone dan facetime jaa. Haihh. Dugaan hidup. Cik Liz rindu dia sangat! Rindu nak menggila sesama. Nak dibawa berjalan bergambar sana-sini. KANGEN !

Cik Liz sayang family tercinta. Tak boleh tanpa mereka. Itu pasti ! Cik Liz dah ada tiga anak buah tahu. Cantik, comel, cute dan unik macam Cik Liz. Hehehe. Nak perasan sikit jaa boleh kan. Kesemuanya perempuan. So dah ada bakal pemain netball pengganti kami-kami nehh nanti. Cukup untuk buat satu team. Alhamdulillah, Happy family!

Okay lahh. Mesti pelik kenapa buang tebiat guna panggilan Cik Liz yee? Sebab this year Cik Liz rasa diri macam dah tua sangat oorang dok sibuk Tanya aku bila, bila lagi, so better aku gelarkan diri dengan panggilan Cik Liz. So maknanya still single but not available sehingga Cik Liz jumpa ‘IMAM’ untuk Cik Liz nanti. InsyAllah. Suatu hari nanti. 

Cepat atau lambat dan Cik Liz tak terkejar-kejar untuk semua itu sebab Cik Liz masih tak tercapai apa yang Cik Liz sepatutnya buat untuk tengok parents Cik Liz tersenyum dengan kejayaan Cik Liz. Bukan tak nak kahwin, tapi mungkin belum sampai serunya. Cik Liz pasti akan tempuh ke alam itu nanti. InsyAllah. Doakan Cik Liz yee J

Jumpa lagi nanti pada next entry peeps. Cik Liz undur diri dulu. Sebab jam telah tepat pukul 5ptg. Cik Liz standby dan nak kemas-kemas nak balik dah. Have a great Wednesday and bye ! Wassalam.


Read more ...

Wednesday, February 3, 2016

BERI AKU RUANG


Ya Allah,

Berikan Aku sekeping HATI
Yang selalu menDOAkan
KEBAHAGIAN orang lain
Berikan juga Aku sekeping HATI
Yang selalu Redha Atas ketentuan MU..
Dan jauhilah diriku dari sifat
mementingkan diri sendiri ...

Begitu jua untuk HATI semua
saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku,
Dan orang yang sangat aku rindui, sayangi dan kasihi selalu.

Aamiin Ya Rabb



Bersabarlah wahai hati, NLAD.
Read more ...

Friday, January 22, 2016

All just started ...


As salam and hello everyone ! Again, I'm back !


CONGRATULATIONS to Kerry Plentong Team for your cooperation with strong struggle to get the awesome achievement for HSE Management System for our site ! It was a very-very challenging to fight for it and at the end, we are now certified ! A big claps and thanks to all are involved to make this happened.

Actually for the first time terlibat dalam audit ini dan aku berasa sangatlah kagum dan bangga menjadi sebahagian daripadanya. Kini baru aku tahu akan seksanya bertapa dikilang. All the documents, on-site, visitor, system dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, im gained alots of knowledge from time to time. En. Suhaizal & En. Arwan banyak membimbing dan paling penting boss aku lagi sorang tuhh. En. Shamsul Rizal, dia memang powerful ! Aku salute cara kerja dia walau kekadang semua benda nak cepat. Macam robot jadinya. Maaf boss, mengata sikit jaa. (senyum sinis)


See my mommy face. Ada senyum banyak tahu. Bahagia sangat dah tuhh mommy. I is so sangat sayang ini ibu, bonda, mak, mama, jantung, nyawa taw. I sangat cinta akan dirinya. Im so lucky enough to have you. Walau ada serba kekurangan, itu adalah manusia kan. Orang sentiasa ada disisi aku. Walau apa jua keadaan. Yang selalu sibuk tanya sesiapa sahaja pon yang berkawan dengan aku. Ingat dia kawan-kawan aku. Teman gaduh aku juga si gumok nehh. Opps silap! Dia dah kurus okay sekarang, diet tahu tak. Thanks mommy alwaays be by my side. Tak terucap terima kasih, melahirkan dan menjaga aku selama ini. Sehingga hujung nyawa, hanya kamu, Rossidah binti Dros.


Ohh ini gadis tersimpul malu. Hehehe. Having a promise and thank you very much someone ! Lama tak terukir senyum dibibir saat cincin disarungkan. Entah kenapa aku rasa ianya bermakna dan aku cukup bahagia. Again, terima kasih yee sayang :)

Aku telah melupakan dirinya. Aku telah benar-benar melepaskan. Kini aku hanya ada kamu. Mengertilah cinta aku. Kuatkanlah untuk bersamaku. Teguhkan hatimu untuk menemani aku. Menjalani waktu-waktu hidupmu. Aku kan selalu ada denganmu. Memang benar rasa menyayangimu, setulusnya rasa hati ini, hanyalah padamu. Ku harapkan engkau yang terakhir dalam hidup ini. Setia bersamamu hingga hujung waktuku, kekal bahagia selamanya. InsyAllah. Aminn.

Terima kasih atas segala rasa. Aku cukup tersenyum dan aku bahagia. Alhamdulillah atas segalanya kali ini Tuhan. Aminn. Wassalam. Thats all for today.

Lots of love, NLAD
Read more ...
nlad
A women with a different kinds of addiction