Monday, May 8, 2017

Aku merinduiii kamu ...


Apa khabar duhai blogger kesayangan ? Agak lama aku tinggalkan kau dan kini aku kembali.
Kerana aku rindu. Rindu untuk terus menaip tentang hal kisah hidup aku yang bermacam-macam.
Ya Tuhan, Aku amat merindui untuk terus berblogging ! Namun, masa mencemburui aku !

Alhamdulillah, aku sihat walafiat hendaknya dan semakin bahagia dengan kehidupan sekarang. 
Tuhan yang maha esa, inilah kebahagian yang dinanti disebalik kekecewaan sebelum ini.
Tuhan itu maha adil dan Tuhan takkan menguji hambanya diluar kemampuannya.

Apa perkembangan aku sekarang? Bukan kerjaya yang berkembang badan pon sama naik. 
Pesat membangun dan melantak tak tentu masa. Kerana makan itu adalah satu kepuasan !
Disamping keluarga yang sama-sama kuat makan, nahaslah semakin membesar dengan cemerlang !
Jom makan dengan aku ! Selera membuak-buak jadinya.

Tidak mengapalah. Gemuk itu kan 'Awesome'. Hehehehehe. Janji comel apa.
Tak apakan puji diri sendiri ? Bukan selalu. Bagi chance sikit lahh.
Jangan takot nak makan yee kengkawan, janji BMI tak overweight. Usah kuathir okay !

Hari ini cuma nak cakap aku sangat rindu blogger ! Itu sahaja.
Nak peluk cium semua lahh ! Sebab cuma dia ada bersama aku selama ini dan aku harus menghargainya.
Dan aku tak pernah lupakan kau wahai blogger kesayangan.

InsyAllah, ada kelapangan waktu aku coret kisah yang aku nak kongsikan dengan semua.
Bukan nak bercerita perihal hidup supaya semua tahu, tapi aku suka lakukannya.
Sebab segalanya akan buat aku tersenyum bila aku baca balik apa yang aku bebelkan disini.

Itulah dunia blogger bagi aku. Blog dan perihal suka duka aku seorang hamba yang sentiasa untuk terus tabah, sabar dan berjuang untuk kehidupannya yang lebih baik dan sempurna !

Doa untuk aku yaa semua. Im so in love with you, blogger.
I will be back soon, ASAP !

Salam petang, Monday Blues :-) Muuahhhh
Read more ...

Monday, July 4, 2016

Tentang Kidupan


.اسلام  

Tentang kehidupan. Hari ini aku bercakap soal hidup. Hidup seorang gadis perempuan anak kepada seorang pemandu teksi. Yang tidaklah secantik Erra Fazira, seputih gebu Adira tetapi cumalah wanita biasa yang lalui kehidupannya dengan masih berdiri diatas tapak kaki sendiri atas doa dan sokongan kedua ibubapa dan keluarga tercinta.

Bercakap tentang perkataan keluarga, keluarga adalah segalanya. Keluargalah yang sentiasa menjadi keutamaan selain teman dan sahabat. Apa-apa hal mesti keluarga yang teratas. Bukan Cuma aku, yang lain juga begitu. Punya rasa yang sama. Tanpa keluarga, aku benar-benar tak bermakna. Tuhan sahaja yang mungkin mengerti dan memahami betapa Ikhlas dan tulusnya aku mencintai keluarga aku. Betapa sesungguhnya aku untuk keluarga. Betapa aku sentiasa menitikberatkan perasaan keluarga sampai kadang aku lupa tentang kehendak dan keperluan diri hanya kerana terlalu inginkan yang terbaik untuk keluarga tercinta.

Sampai satu tahap kini, airmata mula mengalir. Mengalir dipipi. Mengalir entah kenapa rasa yang cukup terluka. Terluka dengan rasa hati yang bernanah didada. Mengenangkan segalanya yang berlaku dalam hidup aku. Tuhan menguji aku bertubi-tubi. Kadang aku mohon dan meminta hentikan Ujian demi ujianmu. Tapi Tuhan mungkin tak dengar. Dia nak aku terus kuat dan bertambah kuat sedangkan aku sampai aku rasa aku dah tak mampu bertahan. Kuatnya dugaanmu Ya Tuhan. Aku tak mampu untuk hadapinya sendiri. Berilah sedikit aku ruang untuk aku berkongsi suka duka ini. Berkongsi bersama insan yang mampu untuk rasa segala yang aku cuba nak hilangkan. Segala yang aku cuba untuk padamkan. Ya Tuhan, dugaan Apakah ini lagi? Aku mula hampir jatuh tersungkur kembali.

Berikan aku kekuatan. Kekuatan untuk aku terus bertahan. Zahirnya aku kuat, tubuh badanya aku cukup kuat, kata-kata yang begitu semangat sedangkan didalamnya cukup lemah-selemahnya. Tak mampu nak ungkap segala rasa. Cuma mampu berdiam dan airmata kini mengalir lagi. Lapkan airmata ini, agar aku rasa terubat. Peluklah diri ini agar aku rasa sedikit tenang dan peduliklah tentang diri ini agar aku rasa cukup dihargai. Ukirkan senyuman dibibir ini agar aku tersenyum tidak rasa keseorangan.

Ya Tuhan, jika perubahan hidupku yang kau inginkan. InsyAllah aku kejalanmu ya Allah. Perlahan aku menuju ke jalan yang diredhai, ke jalan yang benar dan kejalan yang direstui oleh mu Tuhan. Izikan aku untuk terus kuat dan bertahan. Orang kata, kadang-kadang usaha lebih itu akan dibalas setimpal dan terkadang lebih juga daripada itu yang kau berikan. Alhamdulillah, aku dengan penuh sabar menanti dan aku berharap ianya membuahkan hasil. Tak banyak tapi cukuplah sekadar aku menjadi hambamu yang sentiasa diredhai oleh mu Ya Tuhan. Aku mohon.

Kuatkan lahh diri Nurul Lizainy. Kuatkan cara pemikiran kau, semangat dengan perbuatan seharian kau seperti biasa dan teruslah maju kehadapan.  Maju dan terus maju Lizainy! Kau boleh. Sedangkan org lain yang jatuh tersungkur bangun dan kembali kuat lebih dari itu. Dan kenapa tidak kau? Beranilah untuk menghadapi Ujian demi Ujian dari Tuhanmu. Mungkin dengan dugaan semua ini, kau akan jadi lebih kuat! Bakar semangat untuk diri sendiri mungkin lebih meyakinkan Selain mengharap orrang lain yang memberi sokongan. Come on Lizainy!

Teruslah kuat wahai hati dan diri ini ¡

Selamat Berbuka Puasa sebentar lagi kepada muslimin dan muslimat. Ingatlah, Jangan meengungkit apa yang kita dah korbankan untuk hidup tetapi teruslah bersemangat untuk jadi jauh yang lebih baik dari itu untuk memuaskan hati semua orang disekelilingmu ¡
Read more ...
nlad
A women with a different kinds of addiction